Cover tingkap pun ada.. entah apa nak panggil ya.. tengok la contoh tu..
berminat? hubungi saya.. saya sedia memberi consult apa sesuai untuk kediaman anda..
ingat tingkap.. ingat saya.. rumah belum bergrill.. ingat saya.. harga boleh runding..
Selasa, 30 November 2010
Antara gambar grill yang penah saya buat..untuk rujukan sesiapa yang berminat..
Caj perkhidmatan yang saya berikan amat berpatutan, boleh hubungi saya. Dan kadar caj bergantung kepada saiz, material yang dipilih..
Andai hasil kerja saya menarik minat anda sebarkan pada umum, andai hasil kerja saya tidak memuaskan, hubungi saya agar saya tahu apa yang perlu saya perbaiki..

cerita damba-windsiders
ini antara lagu windsider.. ikuti kami juga di Youtube..sokongan anda kami hargai..
Hidup lagu Bidayuh..
Isnin, 29 November 2010
Data Ringkas saya (M Bageng)
Nama penuh saya, Augustine Joan. Kawan di Tebedu panggil saya M Bageng. Kawan Blog pun boleh la panggil saya M Bageng. Ibu saya lahirkan saya pada 22 Januari 1978. Tahun ni 32 tahun umur saya, tahun depan dah 33.. alamak kenapa umur meningkat ni.. kelahiran Batu Besai, Simanggang. Lahir di sana la saya.. Saya ni anak sulung dari 4 adik beradik..
Cerita pasal pendidikan saya, saya belajar sampai PMR sahaja. Bukan sebab saya malas, kesempitan hidup buatkan saya terpaksa belajar setakat itu sahaja, demi melihat adik-adik meneruskan pelajaran mereka. Saya sebagai abang nak juga tengok adik-adik berjaya macam mereka yang seusia mereka.. Syukur mereka membanggakan saya.
Kerjaya saya? Saya mungkin tidak sehebat orang lain. Namun azam yang kuat untuk berjaya, untuk mencari nafkah hidup, saya lakukan apa yang termampu. Sekarang saya giat dalam menjual perkhidmatan saya dalam bidang kimpalan. Pengalaman dalam bidang kimpalan yang saya timba, sikit demi sedikit saya kumpul, saya memberanikan diri menawarkan perkhidmatan membuat kimpalan di sekitar Tebedu.
Sudah 12 tahun saya berkecimpung dalam usaha kecil-kecilan membuat "Grill" tingkap, pintu dan pagar. Memang pada mulanya, saya mendapat kekangan penduduk kurang yakin degan kebolehan saya dalam bidang ini, namun saya tetap berusaha menghasilkan hasil kerja yang kemas dan menarik dengan harga yang berpatutan. Berkat usaha tanpa jemu ini, syukur saya mula dikenali dalam bidang kimpalan di Daerah kecil Tebedu.
Selain itu, saya nak mengisahkan sedikit berkenaan dengan sedikit kejayaan yang sangat membahagiakan saya. Pada tahun 2005, saya mendapat tawaran untuk membuat album rakaman lagu bidayuh di bawah naungan ALL TIME BEST Production. Walaupun secara umumnya, lagu bidayuh hanya diminati oleh masyarakat bidayuh di Sarawak, niat memartabatkan lagu bidayuh masih ada di hati kami agar bahasa Bidayuh itu sendiri tidak lupus di bumi ini..
Berkat dorongan keluarga dan rakan-rakan, group band bernama WINDSIDER. WINDSIDER sudah mengeluarkan 2 album. Album pertama dikeluarkan pada tahun 2005. "Dayung Kampung" adalah salah satu lagu yang paling hits dalam album tersebut. Dan pada tahun 2007 pula album ke dua dikeluarkan. Lagu "Pong Alo", pula hits untuk album ke dua ini. Dan sangat diminati oleh kanak-kanak, kerana lagu ini dicipta berdasarkan lagu mendodoikan kanak-kanak di zaman dahulu kala.Lagu ini diubah mengikut kesesuain semasa dan ditekankan ciri-ciri berunsur tradisional dalam lagu ini.

Langgan:
Catatan (Atom)